Tuesday, August 17, 2010

salam,
kita jumpa lg di post baru..
this time i came with a bad news...
cousin aku baru je meninggal dunia semalam..-al fatihah-

even though i rarely see him but still i can remember his way of talking,
his stupid jokes and his face clearly.
it used to be the 6th of us cousin dat almost the same age (a difference of around 4 to 8 years)
dan semuanya sekepala.. apa mende p0n semua geng..bole jalan skali...
skrg dah tinggal berlima..
semoga rohnya dicucuri rahmat...amin..

setiap insan pasti merasa
saat perpisahan terakhir
dunia yg fana akan ditinggalkan
hanya amalan yg dibawa.

biar bergunung harta dikumpul, biar berjuta kekayaan dimuka bumi
tak satu pun akan dibawa tika ajal sudah tiba
hanya bekalan pahala dan amalan semasa didunia menjadi pedoman dan bekalan.
yg ditinggalkan di dunia..amal jariah yg berkekalan dan anak yg soleh yg sentiasa mendoakan kebahagiaan di akhirat kelak.

bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Ketahuilah kamu, bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan
apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimahLa ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“.

thats all for now..
sampai masa kita jua akan pergi bertemunya..
bersedialah akan saatnya kerana, mati bukan untuk yg tua..
setiap yg hidup pasti merasa saat mati..
semoga berjumpa lg..

c ya when i c ya..
salam.


Tuesday, August 10, 2010

salam,
hye..berjumpa lagi kita di post yg terakhir di bulan sya'aban.
esk dah start posa..hehe :D

ye adik2..jgn ponteng puasa ok..
puasa ni penting..tiap2 hari selama 11 bulan kita makan..asik makan je..
bg la perut tu rest kejap..atleast utk sebulan kan...
blender p0n kalo tiap2 hari asik guna je konfirm tumpul pastu sangkut...
so perut p0n kena la jaga..
org kata..kebanyakan penyakit dtg dari makanan..so xsalah p0n kita kurangkan makan...

bulan ramadhan sentiasa dinanti..
selama beberapa tahun yg lepas, aku sentiasa cuba untuk berpuasa sebyk yg boleh kat umah..
(sjk dr form 1 lg aku dh start duk asrama..so susah la nk p0sa penuh kat umah..)

tahun ni rasanya agak bersejarah..ye la..jarang kot dpt p0sa kat umah lama2..
rasanya taun ni bole sentiasa ada kat penang..
(mentang2 la dh start study kat usm kan...hehe)
but still..terasa seronok gak la kan...dpt la posa dikelilingi oleh family...
bukak p0sa p0n kat umah...kan seronok...

and taun ni berpuasa semula sebagai seorang student.
lets wait n see for awhile...its fun and exciting..
ye la, dgn keje lg..tiap2 minggu ada je keje nk kena submit..
nasib baik duk umah..senang2 je nk pegi mana2...

ok la..aku nk siap g terawikh..
at least dpt 8 p0n jadi la...
hehe
c ya when i c ya..
salam

p/s: kredit to tuan punya pic..(bkn aku ok..)
 

Copyright 2010 a diary of ..............

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.