Suara dari dinding dewan
2003
Setelah isyakmu, selepas kudus berdoa,
dan dalam kusyuk batin paling syahdu,
Gementar kudampingimu, bersuara di sisi.
Paling kuharap tidak disalah mengerti.
Dan bertekad seazammu, tak disengaja,
setiap isytihar memeranjatkan murba.
Tapi, pemimpin negara tetap kukasihi
dan bisikku ku ini pun setulen hati nurani,
mendoakan agar pemimpin selalu berada
dalam kafilah waras dilimpahi barakah.
Aku seorang tua uzur dari Geylang Serai,
Singapura, telah hilang pulau sebuah,
gusar, terlalu memburu ilmu tertentu
mungkin berdarah lagi bahasa pusakaku
Aku asal petani dari Belimbing Dalam,
Melaka, terlalu berkira ingin bertanya
tentang "kecapaian" pembangunan negara-
bukan-tentang pencapaian daulat bahasa
Dan di sisimu, kini, dalam doa syahdu,
saat damai, kurasa, untuk cuba mengadu.
Semakin sukar, percayalah untuk dibaca
hasrat jati pemimpin yang terlalu sasa-
sepeti gunung tersayup cekal dirinya
seindah pelangi sentiasa ketampanannya.
Diriku musafir tua pernah ke Pokok Sena,
Kedah baka tulen warga Malaysia, yakin
cetek ilmu masih boleh menyelamatkan
Kesetiaan rakyat, tapi ketinggiannya
belum pasti sepadunya dapat mengubati
ketaksetiaan yang mula merayau sendiri.
Benar, memang diriku yang terus tergamam
bersama jutaan Melayu, terpaksa berlari
gugup diatas ranjau teka-teki bahasa
yang dalam serba dosa aku mempercayainya.
Jurang tindakmu sering sulit difahami-
percayalah, ia darurat yang mendesak,
kegamaman yang sering cepat memuncak, dan
lihat, bahasa ibunda mula ulang dicemuhi,
sedar atau alpa arahmu menyalakan api.
begitulah kurasa batik Melayu dilukai.
Pemimpin awalku menyelamatkan bangsanya
dengan melepaskan pulau paling pusaka
Kini, terlalu kukuathiri jika terjadi:
Kerana puncak ghairah pintarkan bahasa
tertakik pula usia lema dekad bahasa
yang sesantun dan sesetianya dipelihara.
Aku orang tua dari sejarah sengsara,
kadang gamam, kadang nyanyuk membaca
teka-teki yang makin payah dimengerti-
kegementaran yang tersangat menguji.
Aku bekas pesilat tua Geylang Serai.
singapura, tidak setangkas dulu diriku,
hilang pulau kini tercabar pula bahasa,
siapa tahu, peribadi bakal tercantas sama.
Aku kira dayus untuk terlalu membisu
tidak dinyata seikhlasnya resah bangsa,
walau dikata dangkal keraguan mereka.
Sekali ini keberjujur kepada pemimpin-
berkawan atau berlawan- demi kebangsaan.
Tapi, tetap kudoa mereka damai berkafilah.
Aku pendekar nyata gagal berkeris bahasa
dan barangkali terlalu tua untuk membaca
tamsil kilat betuk dalam telaga Melaka.
Usah diradak bahasa dengan sains-matematika.
Kini doa kudus saja harta terakhirku di maya.
Aku ingin pandai tanpa kehilangan bahasa.
A Samad Said
14-19 Julai 2002
-----------------------------------------------------------------------------------
Salam,
dah beberapa hari ketinggalan untuk meng'update'kan blog ini..
disekian masa yang terdapat disenggang ketika masa berjuadah bersama makanan tengahari ini ingin ku kongsi bersama ratapan dan nukilan A. Samad Said untuk tatapan bersama serta buat renungan generasi zaman sekarang.(rasa macam teringin je nk wat satu post tulis gaya mcm nukilan a samad said kan..hehe)
post ni ditulis sebab ahad lepas sempatla(dimasa cuti ku yg sempit itu) aku lepak dgn pak9 sambil tu kami melawat pameran KL Design Week kat National Art Gallery.(ish..byk betul link aku letak nih..sila2 la melawat ok)
ok la ...
aku nak out...
sambung lunch kat bawah....
c ya in de next post...
p/s: gambar di'pow' dari website yg di'link' kat atas....diorang xbg amik gambar..wat penat aku bwk kamera je..adehhhh
Gila
1 year ago
2 comments:
pening aku baca nukilan hg nih. whahaha
aku p0n pening masa tulih menda nih..penat nk membaca sambil menulih..adehhh
Post a Comment